Pro Mahasiswa

Sunday, September 25, 2011

Malam Perasmian Karnival Integriti Sahsiah Siswa (KISS)

UTHM, 24 September – Karnival Integrti Sahsiah Siswa (KISS) 2011 telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dr. Ahmad Rizal Bin Madar, selaku Pengerusi Pengetua-pengetua Kolej-kolej Kediaman UTHM di Dataran Terbuka UTHM. Perasmian KISS bermula pada pukul 9.00 malam dengan bacaan doa dan ucapan daripada pengarah program iaitu Mohd Ridzuan Khalid merupakan Pengerusi Jabatan Kerohanian Dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar ( MPPUTHM).

Malam perasmian diteruskan dengan Forum “Aku Terima Nikahnya” yang mana program tersebut merupakan salah satu daripada lima program yang akan dijalankan sepanjang KISS. Program “Aku Terima Nikahnya” yang menampilkan dua orang panel iaitu Imam Muda Khairul Azhar Ghazali dan Ustazah Nor Hafizah Musa (Tanyalah Ustazah TV9) serta Sahrul Khair Osman (Setiausaha Kerja Kelab Iqra’, SUK-KI) selaku moderator forum. Malam perasmian KISS telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa UTHM, yang mana bilangan mahasiswa mencecah seribu orang.

Forum tersebut telah membincangkan tentang percintaan dan perkahwinan mengikut syari’at yang telah digariskan dalam Islam bak kata ustaz azhar “meletakkan sesuatu pada tempatnya”. Video “Sujud Di Atas Sejadah Cinta” disajikan kepada para hadirin telah memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan topik yang dibincangkan di dalam forum tersebut. Kemudian, sesi soal jawab diteruskan sebelum mengakhiri forum dan perasmian pada malam itu.

Selain itu, terdapat beberapa program lain yang akan dijalankan sepanjang KISS’11, iaitu Expo Mini KISS pada 21hb-29hb September, ceramah “Islamophobia” yang akan disampaikan oleh Ustaz Sya’ari Abdul Rahman pada 25hb September, Futsal Piala KISS pada 1-2hb oktober, dan Konsert Simfoni Kasih pada 1hb oktober. Ayuh seluruh mahasiswa mahasiswi untuk meramaikan Karnival yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UTHM sebagai tanda sokongan kepada mereka.

~DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA~

0 comments: