Pro Mahasiswa

Monday, September 26, 2011

Mahasiswa Jawab Tuntutan Rakyat


KUALA LUMPUR, 27 Sept: Kongres Mahasiswa Nasional 3.0 yang telah berlangsung pada 24 dan 25 sept 2011 di Dewan Yayasan Selangor, Petaling Jaya. beberapa resolusi telah dibuat.

Resolusi Kongres Mahasiswa Nasional 3.0 menggariskan 5 perkara iaitu menuntut kerajaan melaksanakan reformasi politik, ekonomi, sosio budaya, pendidikan dan wanita, kata pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

Beliau beranggapan bahawa 5 hasil resolusi ini adalah menjawab tuntutan dan permasalahan rakyat kebanyakan.

Reformasi dan penambahbaikan kepada 5 aspek ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) percaya akan memberikan kesan positif yang besar di dalam membina negara dan generasi masa depan, katanya lagi

5 tuntutan itu hanya boleh dijayakan jika pihak pemerintah mempunyai ‘political will’ atau keberdayaan politik untuk merealisasikan dan menjayakan tuntutan reformasi ini.

Namun demikian, katanya melihat kepada pengalaman, ‘track record’ pemerintahan negara, di bawah kerajaan sekarang tidak punya kesungguhan membawa perubahan.

Sebagai contoh, ujarnya Auku yang diwar-warkan dipinda, namun apabila dipinda pada tahun 2008 segalanya hanyalah kosmetik dan gimik politik.

Menurutnya, Seksyen 16 dan 17 Auku masih mengongkong mahasiswa dan meletak kuasa yang besar kepada menteri.

Beliau berkata, mahasiswa bukan sahaja masih tidak dibenarkan bersuara dan beraktiviti, malah mencari dana untuk persatuan pelajar pun tidak dibenarkan.

Usaha serta tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 10 badan gabungan gerakan mahasiswa patut dipuji kerana menjadi penggerak hati nurani rakyat.

~Mahasiswa Untuk Rakyat~

0 comments: