Pro Mahasiswa

Wednesday, November 5, 2008

Krisis Kewangan Global

Sehingga hari ini krisis kewangan global masih hebat diperkatakan tanpa henti. Akhbar hari ini juga sibuk mengeluarkan statement Perdana Menteri yang meminta supaya rakyat yakin dengan kepimpinan negara dalam menangani isu ini supaya krisis ini tidak melanda negara Malaysia.

Bermula dengan isu sup prima 2 buah bank gergasi America sehingga kini, seluruh negara merasa terkesan atas sebab kejatuhannya. Seakan - akan benar bahawa kuasa ekonomi America ini secara langsung mampu mengheret ekonomi negara lain kekancah krisis ekonomi global. Keyakinan demi keyakinan diberikan oleh kepimpinan negara bahawa Malaysia selamat dari krisis ini. Walaupun kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin negara, namun harus diberi perhatian bahawa KDNK yang mencapai 3.5 % itu tidak akan kekal selamanya.novfig1

Apabila America mengalami krisis ekonomi, kita dapat mendengar pelbagai kenyataan yang mana menyatakan bahawa inilah pengakhiran kepada kuasa ekonomi kapatalisme yang gagal dalam mengurus kewangan dan terbukti bahawa sistem ekonomi ini gagal sama sekali. Tetapi adakah benar America akan tamat riwayatnya dalam masa terdekat ini lantaran keruduman ekonomi mereka. Mungkin America akan jatuh dari segi kepercayaan negara - negara lain, tapi untuk mengatakan bahawa America lenyap dari menjadi kuasa besar dunia adalah sangat mustahil dalam masa terdekat ini. Sebaliknya kita cuba menilai dari satu sudut yang lain.

Cuma apa yang kita yakini, bahawa sistem kewangan kapatalisme semestinya tidak kukuh dan menindas semata - mata. Sememangnya kita boleh canangkan bahawa kewangan islam adalah langkah yang terbaik dari sudut mengurus tadbir kewangan. Sepatutnya pimpinan Malaysia sendiri harus sedar dengan keadaan yang berlaku ini dan mengarahkan cara pengurusan ekonomi negara kepada ekonomi islam sepenuhnya dan menyandarkan mata wang negara kepada nilai mata wang dinar emas kerana lebih stabil. Dalam blog Chadet.com baru - baru ini, beliau menulis dan menyokong penuh jika sekiranya negara menggunakan mata wang dinar emas dalam urusan jual beli antarabangsa, cuma ulas beliau, beliau hairan mengapa bank negara masih lagi tidak dapat menggunakan kaedah ini dari dulu hingga kini.

Selaku mahasiswa kita perlu memberi perhatian berkenaan masalah dalaman dan luar negara kerana ia akan memberi kesan langsung pada kita yang bergelar mahasiswa. Jika keadaan ekonomi dunia dan negara sentiasa berada dalam krisis ini akan membimbangkan kita selaku mahasiswa yang akan memenuhi pasaran kerja pada masa akan datang. Kita risau isu kewangan pada 1997 yang dikatakan “real economy recession” akan berulang kembali tetapi dengan wajah berlainan yang mungkin lebih teruk dan meruncing lagi. Kita berharap supaya kepimpinan negara kita baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya memikirkan keadaan ini supaya ekonomi negara kembali stabil.

sumbar : lambaian hikmah

3 comments:

artikal yang bagus.. cuma xnampak kaitan nyer dengan perkembangan semasa negara... yer lar.. kan menteri keduitan mesia kata... EKONOMI KITA STABIL….WE HAVE NO ECONOMIC PROBLEM….... xcaya?? tgk lar berita kat utusan nie kata.... saya pun xfaham kenapa kita takut sgt dgn ekonomi amerika tu.. menteri kita kata xde apa2 pun.. saya lebih percaya kat kerajaan malaysia...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

ARKIB : 05/11/2008 (UTUSAN MALAYSIA)

Malaysia tidak alami kemelesetan ekonomi teknikal tahun depan – Najib
05/11/2008 1:34pm

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penambahan RM7 bilion yang diumumkan semalam mencukupi untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.

“Penambahan RM7 bilion amat sesuai sebab kita tidak mahu defisit kerajaan terlalu tinggi, walau pun kita ada kemampuan untuk tambah peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas wawancara khas “Rancangan Khas Pelan Penstabilan Ekonomi” bersama RTM di sini.

“Saya dah kata...ini (tambahan kepada bajet) bukan kali terakhir, kita tak perlu tunggu masa belanjawan kerana kita menghadapi keadaan yang luar biasa,” katanya, apabila ditanya mengenai sama ada terdapat sebarang tambahan seterusnya rangsangan pada pelan penstabilan ekonomi seperti yang diumumkannya semalam.

Beliau telah ditanya mengenai cadangan pihak pembangkang untuk mengurangkan sebanyak RM24 bilion daripada cadangan Bajet 2009.

Katanya cadangan pembangkang itu bersifat menguncup dan menunjukkan mereka masih terikat dengan “pemikiran lama pada tahun 1997 (seperti) yang disaran dilakukan oleh Dana Matawang Antarabangsa (IMF).”

“Sebenarnya, kita tidak patut mengurangkan belanjawan kerajaan dalam masa sekarang. Yang penting sekarang adalah pertumbuhan kerana kalau tiada pertumbuhan ekonomi, maka negara akan menjurus ke lembah kemelesatan,” katanya. — BERNAMA.

Sumber - Utusan malaysia 5/11/08

dengar orang kata...kalau percaya mati2 kat utusan nescaya bodoh lah kita sampai bila2..huhh

so, pelbagaikan sumber alternatif, then compare and nilai sendri..