Pro Mahasiswa

Tuesday, November 11, 2008

Notis Pembubaran MPP lewat Dikeluarkan.



Notis pembubaran MPP ini telah dikeluarkan lebih kurang 2 minggu yang lepas. Notis ini ternyata lewat dikeluarkan kerana ia menyatakan MPP sesi yang lepas telah dibubarkan pada 3 Oktober bersamaan 3 Syawal yang lepas. Namun ia baru sahaja dikeluarkan pada awal bulan November dan ini menimbulkan persoalan.

Tambahan lagi, dalam notis tersebut ia ada menyatakan mengenai pemilihan MPP untuk sesi ini tetapi tarikh penamaan calon dan pilihanraya kampus (PRK) akan dimaklumkan kemudian oleh pihak HEP. Ini juga menimbulkan satu persoalan, selain daripada tarikh PRK yang masih lagi menjadi teka-teki, kita juga tertanya-tanya bilakah masanya tarikh penamaan calon dan bakal calon boleh mula berkempen?

Ini kerana, kebiasaanya bakal calon sudah boleh berkempen dalam masa seminggu selapas penamaan calon dan kedua-dua perkara ini biasanya dinyatakan dalam notis pembubaran MPP yang sebelumnya.

Kami percaya ini adalah rentetan daripada keputusan untuk mengadakan PRK sacara 2 fasa dan UTHM termasuk pada fasa yang kedua yang dijangkakan pada bulan Januari yang mana tarikh sebenarnya masih lagi menjadi permainan teka-teki lagi sepertimana tarikh pilihanraya umum (PRU).

3 comments:

xusah lar maen2kan isu yang dah lapuk nie.. notis ditampal secara besar2an pada 5 November, webmaster ambik 6 hari (11 november) nak posting kan notis nie? haha.. xup 2 date tul.. lambat.. org semua dah smpai umah dah....

usah lar nak bodoh2kan student2 uthm nie.. kami semua xmakan publisiti murahan macam nie ok... nampaknyer usaha provokasi anda kureng berjaya ... hahahaha....

anyway nak tanya sikit... aku mngundi student pro mahasiswa pada mpp lepas... alhamdulia, kita menang 8kerusi.... tapikan.. yang peliknyer.. aku xnampak pun diorg nie macam bantu jaga kebajikan student2 uthm nie.. yang aku nampak.. diorg sibuk buat program 2.. program nie.. itu je aku nampak.. kalo setakat smua mpp join buat program je.. sape nak jaga kebajikan student? ye lar.. buat program musti dah ambik masa at least 2 bulan nak rancang, then buat lagi.... abes masa kat situ je... kebajikan student spt.. jaket keselamatan, harga makanan yang mahal kat kafe dalam univerisiti, keselamatan student duduk luar hostel, kerenah birokrasi pusat yang urus hal ehwal mahasiswa/i universiti dan laen2.... xkaan semua nie nak expect kami student kena settle kan sendiri? apa guna kami ngundi YB2 jadik pemimpin?? kalo ini pun perlu diajar 1 per satu??

macam sia2 je aku ngundi bdak2 pro mahasiswa je tahun lepas selepas aku tengok report kad diorg tahun nie.. harapkan pagar, pagar makan padi jek...... tapi, tahun nie aku nak still ngudi bdak pro mahasiswa lagi.. kita bagi peluang 2 round... tapi aku berharap soalan diatas, aku xperlu nak ulang tanya pada tahun hadapan biler future mpp, bersara jadik mantan........ hehehe

Yang rasa xboleh nak berkhidmat untuk pelajar, usah nak pandai2 nak calonkan diri sendiri ok? MPP tu, bukan medan nak cuba test bakat tido anda... 1 kerusi pun boleh mengubah segalanyer... jgn lupa, kita semua akan diauditkan di ahkirat kelak.. bak kata org puteh.. judgement day..... so, apa jawapan anda.. kalo student2 uthm secara ramai2 kata anda xbuat apa2?? kalo ader berani... jawab lar... ALLAH tahu kebenarnyer.. Kita lihat buktinyer... Wallahu'alam....

masalahnye mpp bubar 3 okt beb..notis kuar 5 nov...lame tu beb..

dulu dah ade ke kalimat pro m berkumandang di uthm?

8 kerusi?? ye ye je ko ni john..aku nampak mcam 2 ketul je..

lagi satu jgnla samakan MPP ni macam YB kaw sangat2 plak...biarlah diorang memimpin sambil belajar leadership...yang penting ada prinsip mahasiswa, bukan pak turut je..

macam2..xkesah la bape ketul pun budak2 pro M dalam mpp, yg penting sem depan,sape2 yg jadik mpp tu,buat sehabis baik!!!ikhlaskan niat bekerja kerana Allah.
pasal notis tu, konfem ader la agenda2 'disebalik tabir' pihak universiti wat camtu...erm..
ok, kepda calon2 mpp PRO MAHASISWA..selamat maju jaya...