Pro Mahasiswa

Friday, November 28, 2008

Cinta rahsia kejayaan?


Terlebih dahulu tahniah kepada para graduan ygang di raikan dalam majlis Konvokasyen UiTM ke 69. Namun, ada sedikit rasa terkilan ke atas penerimaan anugerah naib cancelor kerana meletakkan asas "bercinta" sebagai resipi kejayaan. Penulis sama sekali tidak mempersoalkan rezeki dan kecerdikkan yang sememangnya layak menerima anugerah tersebut tetapi seharusnya penerima harus meletakkan asas agama dalam kejayaannya.

Berdasarkan kenyataan yg di keluarkan dalam akhbar harian metro,sememangnya dikhuatiri akan menggalakkan budaya "couple" khususnya di kalangan mahasiswa melayu beragama Islam di kampus untuk cemerlang dalam pelajaran.Apa salahnya jika penerima tersebut membuat ikatan yang sah walaupun masih dalam pengajian.

penulis tertarik dengan kenyataan yang mengatakan tidak salah bercinta ketika belajar asalkan tahu batas-batasannya. Apakah yg di maksudkan dgn batas-batas yg di galakkan dalam bercinta?

“Orang kata bercinta boleh melalaikan tapi bagi saya, cinta memberi inspirasi dan semangat untuk lebih berjaya dan hari ini saya sudah buktikan tidak salah bercinta ketika belajar asalkan tahu batas-batasnya,” kataPenerima Anugerah Naib Canselor, Nadiah Zulkapli, 21.

“Dia sentiasa mengingatkan saya walaupun bercinta, jangan hingga abaikan pelajaran dan apabila berada di dalam kelas mesti sentiasa fokus pada subjek yang diajar pensyarah,” katanya.

“Saya beruntung kerana bercinta dengan senior sendiri kerana secara tidak langsung dia banyak menurunkan tip berguna terutama apabila menjelang peperiksaan,” katanya yang mendapat Gred Mata Terkumpul Kumulatif (CGPA), 3.84

Apa yg sebenarnya di harapkan adalah mahasiswa melayu yang beragama Islam seharusnya meletakkan asas agama dalam kehidupannya. Sekiranya ingin mengelakkan fitnah dengan bercinta, apa salahnya membuat ikatan yang sah dan seterunya dapat mengelakkan mudharat dari segi pergaulan dan sebagainya. Justeru penulis mengharap agar jangan meletakkan bercinta sebagai aspirasi dalam mencapai kejayaan kerana ianya boleh mendatangkan fitnah kepada agama dan akan menggalakkan lagi budaya "couple" di kampus.Sememanggnya budaya couple akan banyak mendatangkan perkara negatif seperti khalawat, pergaulan bebas yang bagi penulis merupakan suatu penyakit yang melanda di mana-mana kampus di negara kita.

Dengan kesempatan ini juga, kami mengharapkan kepimpinan mahasiswa yang akan di pilih akan datang tidak memandang remeh perkara ini dan seharusya sebagai seorang kepimpinan harus menunjukkan akhlak yang terbaik untuk di jadikan role model warga kampus dalam pembentukkan sahsiah dan jati diri sebagaic seorang pemimpin mahasiswa.

1 comments:

salam optimis..

bagaimana yang dikatakan bercinta tapi masih dijaga batas-batasnya??..

apa sangatlah kejayaan duniawi jika nak dibandingkan dosa yang ditanggung hanya kerana tidak menutup aurat..

apa sangatlah sumbangan 'cinta' tu sedangkan rezeki tu turunnya dari Allah..

teringat satu kata-kata pujangga dari seorang sahabat.."akan datang di suatu zaman di mana manusia itu merasakan mereka dalam kebenaran sedangkan hakikatnya mereka dalam kesesatan"