Alhamdulillah, ramai rakan - rakan seperjuangan kampus yang telah selesai berjuang bertungkus lumus dalam memenangkan calon masing - masing dibeberapa universiti awam di Malaysia. Tapi yang menjadi persoalan bilakah PRK UTHM ingin dimulakan. Walaupun dengar ura - ura mengatakan MPP telah dibubarkan, tetapi nyatanya tidak ada satu pun memo atau apa - apa surat rasmi dikeluarkan oleh pihak berwajib universiti menyatakan tentang persoalan tersebut.
Sayup jauh bermain dihati saya, adakah UTHM juga telah dilanda kelam demokrasi sempit pihak pentadbir sehingga persoalan kecil seperti itu juga tidak diwarwarkan kepada mahasiswa khususnya mereka yang terlibat dengan kelab dan persatuan. Memang benar ada segelintir mahasiswa telah mendengar berkaitan dengan pembubaran senyap ini dan kewujudan Jawatankuasa sementara menggantikan MPP yang sedia ada, tetapi segala perkara yang dilakukan dibiarkan senyap tanpa dinyatakan kepada Mahasiswa dalam bentuk hitam putih yang lebih nyata.
Saya berpendapat kepada pihak pentadbir universiti terutamanya HEP untuk menyatakan perkara ini dengan segera demi kebaikkan bersama, supaya tidak timbul persoalan atau persepsi negatif dari kalangan mahasiswa universiti. Ini kerana kelangsungan kepimpinan mahasiswa yang diberi mandat oleh masyatakat mahasiswa harus diberi perhatian penuh, dengan perhatian ini barulah institusi kepimpinan mahasiswa menjadi institusi kepimpinan yang tinggi dan disegani dalam mengurus tadbir mahasiswa seluruhnya dalam kehidupan mereka di universiti. Jika tidak kita melihat seolah - olah kepimpinan mahasiswa yang ada hari ini seperti kepimpinan boneka yang boleh dimain - mainkan dan ditentu halakan perjuangan mereka oleh pentadbir semata - mata tanpa mengambil pandangan dari mahasiswa itu sendiri.
sumber : lambaian hikmah
0 comments:
Post a Comment