Pro Mahasiswa

Saturday, February 7, 2009

Biarlah rakyat Perak yang menentukan

Rentetan dari konflik di Perak, Mahasiswa UTHM beranggapan bahawa polimik pemindahan kuasa di Perak adalah sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Peralihan kuasa yang lebih mirip kepada "rampasan kuasa" adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya boleh di terjemahkan secara demokrasi melalui pilihanraya kecil jika ianya benar-benar perlu diadakan.Di waktu ini, seharusnya kita melihat siapakah yang rakyat khususnya di Perak inginkan dalam menerajui kepimpinan kerajaan negeri tersebut.


”Secara jujurnya, MB Nizar adalah seorang menteri besar yang dekat di hati rakyat. Mana kita dapat lihat sebelum ini seorang menteri besar yang yang sering solat berjemaah bersama rakyat, memberi kuliah dan kadang kala boleh menyampaikan khutbah dengan baik. Bukan sahaja masjid-masjid di bandar utama yang di hadiri oleh MB, sehinggakan surau-surau dan masjid di kampung pun MB akan turun. Bagi saya beginilah kepimpinan MB yang kita hendaki. Dan jika benar berlaku perubahan kerajaan biarlah ianya berlaku atas kehendak rakyat bukan kepentingan individu tertentu.” ujar salah seorang mahasiswa UTHM yang berasal sdari Perak.


Sehubungan itu, di peringkat Pro Mahasiswa UTHM beranggapan polimik yang berlaku di perak seharusnya di tangani dengan baik.Oleh itu, kami tidaklah memihak kepada mana-mana parti politik tetapi bagi kami selagi mana sesebuah kerajaan itu dapat memberikan khidmat yang terbaik,tidak seharusnya kerajaan itu di tumbangkan. atau di tukar sehingga pilihanraya umum akan datang.

0 comments: