Ipoh , 7 Feb - Presiden BERSATU PERAK, saudara Hafez Sabri petang tadi semasa bertemu wartawan, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.
Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.
“Saya melihat ini adalah strategi kotor yang disusun BN,mereka telah menafikan hak rakyat dengan memperbodohkan rakyat,kami diperingkat mahasiswa sesekali tidak akan tunduk terhadap kezaliman yang berlaku di perak,fakta menunjukkn bahawa pengundi saluran 4 (pengundi muda) adalah jumlah yang terbanyak menolak kezaliman BN pada pilihanraya umum yang lepas,.
“Saya ingin menegaskan disini,bahawa kami generasi muda tidak sesekali membenarkan generasi kami dipijak-pijak oleh pemimpin yang zalim dan kami sentiasa memastikan generasi kami ini adalah generasi yang akan memumbangkan segala kezaliman yang berlaku,kami sentiasa bekerja untuk mencapai matlamat kami dan ianya tiada titik noktah .memetik kata-kata beliau di Sekateriat Anak Muda Perak ketika di temuramah wartawan. mahasiswakini
1 comments:
haha..adun pkr yg melompat parti itu pengkhianat..adun bn yg melompat parti itu adalah wira.. hai labu.. ape nak jadi.. cakap tak serupa bikin.. ini la PKR!!
Post a Comment