B.Pahat, 5 April - Sehingga ke hari ini , hampir setiap warga kampus yang di temui masih bertanda-tanya siapakah barisan kepimpinan yang telah mereka undi dalam pilihanraya kampus awal tahun ini. Umumnya sehingga hari ini, tiada penyataan mahupun poster-poster rasmi yang menerangan tentang kepimpinan baru MPPUTHM0809 yang telah di pilih dalam pilihanraya yang lepas walaupun watikah ke atas kepimpinan baru telah di jalankan.
Adakah gerak kerja jentera aspirasi hanya sekadar memenangi PRK yang berlaku pertembungan sesama sendiri antara mereka untuk memenuhi tuntutan pilihanraya kampus semata-mata? Tetapi dalam masa yang sama mereka tidak bersedia untuk menyiapkan suatu barisan kepimpinan yang bersedia memimpin kampus.
Rentetan dari kurangnya sambutan dan mungkin sokongan di peringkat MPPUTHM 0809, mereka telah mengadakan suatu majlis perlantikan watikah rakan-rakan MPP untuk menguatkan barisan kepimpinan MPP mereka. Yang menjadi persoalannya, mereka menggunakan pengaruh kepimpinan kolej kediaman yang baru di pilih untuk secara langsung menjadi rakan MPP.
Di peringkat Pro Mahasiswa UTHM memandang baik akan perlantikan sebahagian Jawatankuasa Kolej Kediaman(JKK) yang baru sebagai rakan MPP. Tetapi mereka juga perlu faham bahawa kepimpinan Kolej Kediaman juga mempunyai visi dan misi masing-masing dalam membawa agenda mahasiswa khususnya. Mereka umpama kerajaan negeri yang perlu mengatur urusan negeri masing-masing.
Walaubagaimanapun, kami percaya ini merupakan strategi terbaru Aspirasi untuk mengambil kesempatan ke atas pengaruh besar Pro Mahasiswa UTHM yang berjaya menawan hati pengundi dalam pilihanraya kolej kediaman baru-baru ini.
1 comments:
Salam..... minta kepada pemilik blog untuk tidak membuat tanggapan yang salah kepada MPP Sesi 08/09. Selaku Yang Di-Pertua, saya bertanggungjawab di atas saf kepimpinan MPP Sesi kali ini. Berkenaan masalah publisiti MPP adalah kerana masalah teknikal yang berlaku. Sdra juga sedia maklum berkenaan perkara ini. MPP hilang sokongan? Fakta mana sdra rujuk? Adakah sdra tahu setiap kata-kata sdra memberi implikasi yang mendalam terhadap semangat ahli-ahli MPP di bawah kepimpinan saya. Malah membawa kepada perpecahan sesama kita. Adakah sdra suka kita menjadi seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin? Saya meminta sdra merenung kembali diri sdra sendiri apakah sumbangan sdra terhadap mahasiswa selain mencari salah MPP? Sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh". Politik boleh jadi ubat kepada manusia dan juga boleh menjadi racun kepada manusia bergantunglah kepada siapa yang menggerakkannya. Sedangkan langkah mengiktiraf JKK sebagai rakan MPP adalah jalan ukhwah sesama kita sebagai mahasiswa di universiti. Matlamat MPP dan JKK sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa di kampus. Tanggapan sdra mengenai rakan MPP adalah konspirasi golongan yang sdra gelar sebagai aspirasi adalah salah 100%. Dengan nama Allah S.W.T saya bersumpah saya adalah insan yang bertanggungjawab membawa idea ini untuk dilaksanakan atas tujuan perpaduan mahasiswa di kampus. Sedangkan sdra juga merupakan sahabat yang sama2 berjuang bersama saya pada tahun lepas sepatutnya sedia maklum mengenai gagasan saya. Amat mendukacitakan sdra mempolitikkan benda seperti ini. Ingat sdra, ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran akan membunuh semangat rasional manusia untuk berfikir. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita untuk mencari jalan kebenaran... InsyaAllah... Kalau kata2 saya menyinggung perasaan sdra, saya meminta maaf,teguran saya adalah atas dasar menyedarkan sdra mengenai semangat islam untuk menegur sekiranya sdra seagamanya melakukan kesilapan.....Walllahhua`lam...
Post a Comment