Pro Mahasiswa

Tuesday, April 28, 2009

Resolusi MPPUTHM berkaitan isu kolej kediaman

B.Pahat, 28 April – MPPUTHM telah berbincang dan mendapat persetujuan presiden-presiden Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM untuk bersama mencari kesepakatan memberi perjelasan dan tindakan berkaitan isu kolej kediaman.


Resolusi yang di hasilkan di peringkat MPPUTHM telah di sepakati dan di persetujui di peringkat presiden JKKUTHM dalam mengutarakan 5 resolusi yang di gariskan oleh MPPUTHM untuk di serahkan kepada Naib Cancelor UTHM dalam masa terdekat.


Kandungan dokumen sebanyak 11 helaian itu mengetengahkan resolusi yang di sertakan bersama falsafah dan rasioalnya setiap resolusi yang di nyatakan.


Diantara 5 resolusi tersebut adalah meminta pihak universiti

  1. Memberi penerangan tentang maklumat tidak jelas mengenai rasional pemindahan pelajar kanan.

  1. Rasioalnya pelajar kanan di haruskan menetap di kolej kediaman baru dan pelajar baru di kolej kediaman yang sedia ada.

  1. Jaminan infrastruktur dan kemudahan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa sebelum kemasukan pelajar kanan semester akan datang.

  1. Jaminan keselamatan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa

  1. Jaminan Pengangkutan awam di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa


Untuk maklumat lanjut, salinan resolusi telah di tampal di papan kenyataan berhampiran kedai photostat di Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Pihak MPPUTHM mungkin akan memaklumkan berkaitan isu ini di blog rasmi YDPUTHM0809 dalam masa terdekat.


Pihak Pro Mahasiswa memuji tindakan segera pihak MPPUTHM menghasilkan resolusi ini kerana ianya berketepatan dengan tanggungjawab MPP terhadap mahasiswa sambil digerakkan agendanya di peringkat JKK di setiap Kolej Kediaman. Justeru itu, kita mengharapkan agar resolusi ini dapat membantu dalam memberikan perjelasan kepada warga mahasiswa berkaitan permasalahan ini.

2 comments:

insyaallah kat tmn universiti tu selamat..
aku dah duk 3 thn kat sana..
everything ok..

nanti jgn lupa support kedai runcit 'ar mart'...dia tu pro m gak hehe...

p/s: ar mart terletak satu blok dengan penempatan pelajar baru uthm nti..rezki ko ar mart..

btol...insyallah selamat...setiap proses permindahan berlaku mesti ada wujud perkara yang dikaitkan dengan keselamatan...aku pon dah dok sane 3 tahun...cuma apa yang aku harapkan mahasiswa memikirkan tahap keselamatan yang dimahukan bagaimana...atau apa definisi keselamatan pada mahasiswa!!