Salam..... minta kepada pemilik blog untuk tidak membuat tanggapan yang salah kepada MPP Sesi 08/09. Selaku Yang Di-Pertua, saya bertanggungjawab di atas saf kepimpinan MPP Sesi kali ini. Berkenaan masalah publisiti MPP adalah kerana masalah teknikal yang berlaku. Sdra juga sedia maklum berkenaan perkara ini. MPP hilang sokongan? Fakta mana sdra rujuk? Adakah sdra tahu setiap kata-kata sdra memberi implikasi yang mendalam terhadap semangat ahli-ahli MPP di bawah kepimpinan saya. Malah membawa kepada perpecahan sesama kita. Adakah sdra suka kita menjadi seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin? Saya meminta sdra merenung kembali diri sdra sendiri apakah sumbangan sdra terhadap mahasiswa selain mencari salah MPP? Sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh". Politik boleh jadi ubat kepada manusia dan juga boleh menjadi racun kepada manusia bergantunglah kepada siapa yang menggerakkannya. Sedangkan langkah mengiktiraf JKK sebagai rakan MPP adalah jalan ukhwah sesama kita sebagai mahasiswa di universiti. Matlamat MPP dan JKK sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa di kampus. Tanggapan sdra mengenai rakan MPP adalah konspirasi golongan yang sdra gelar sebagai aspirasi adalah salah 100%. Dengan nama Allah S.W.T saya bersumpah saya adalah insan yang bertanggungjawab membawa idea ini untuk dilaksanakan atas tujuan perpaduan mahasiswa di kampus. Sedangkan sdra juga merupakan sahabat yang sama2 berjuang bersama saya pada tahun lepas sepatutnya sedia maklum mengenai gagasan saya. Amat mendukacitakan sdra mempolitikkan benda seperti ini. Ingat sdra, ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran akan membunuh semangat rasional manusia untuk berfikir. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita untuk mencari jalan kebenaran... InsyaAllah... Kalau kata2 saya menyinggung perasaan sdra, saya meminta maaf,teguran saya adalah atas dasar menyedarkan sdra mengenai semangat islam untuk menegur sekiranya sdra seagamanya melakukan kesilapan.....Walllahhua`lam...
Alhamdulillah segala kritikan dan teguran berkaitan kepimpinan MPPUTHM pada kali ini telah terjawab.Sebelum ini memang banyak teguran dan kritikan dari ruangan "c-box" tntg kepimpinan baru MPPUTHM. Pihak Pro Mahasiswa sama sekali tidak berniat mencetuskan permusuhan sesama mahasiswa.Sekiranya ada kekurangan dalam artikel sebelum ini, sekali lagi pihak pro mahasiswa UTHM memohon kemaafan. Pro mahasiswa bukan datang dari hanya seorang individu tetapi di dukung oleh rakan-rakan mahasiswa yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap mahasiswa.
Umumnya kita mengetahui bahawa kepimpinan MPPUTHM yang baru hadirnya dari majoriti mereka yang di susun atur oleh pihak aspirasi. Dan kami beranggapan semua pihak sedia maklum akan perkara ini.Tidak perlulah kami mencungkil bukti dan sebagainya. Oleh itu, kami hanya mempersoalkan apakah peranan "aspirasi" yang mungkin di dukung oleh sebuah parti politik hanya merencana kemenangan dalam PRK semata-mata?
Justeru itu, Pro Mahasiswa cuba mempersiapkan kepimpinan yang terbaik dalam Jawatankuasa Kolej Kediaman yang baru sahaja berakhir tempoh pemilihannya. Kami mengharapkan akan ada kepimpinan yang dilahirkan menjadi salah seorang kepimpinan harapan negara pada masa akan datang.
Oleh itu,kepimpinan Pro Mahasiswa sebenarya bersedia membantu MPPUTHM dalam memimpin kampus seterusnya membawa agenda kebajikan kepada warga kampus khususnya.walaubagaimanapun kami tetap berpendirian untuk menolak "aspirasi" kerana kami berpendapat ianya didukung oleh anasir luar dalam mencatur perjalanan politik mahasiswa di kampus.Tetapi sekiranya ada titik pertemuan dalam perbincagan perkara ini, kami sedia pertimbangkan.
Monday, April 6, 2009
Respon YDP MPPUTHM terhadap artikel "MPPUTHM semakin hilang sokongan? "
9:44 AM
No comments
0 comments:
Post a Comment