Pro Mahasiswa

Wednesday, January 26, 2011

Bersama Timbalan Naib Canselor UTHM di Kolej Kediaman Tun Fatimah




Perjumpaan mahasiswa Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail bersama Timbalan Naib Canselor UTHM telah dibuat pada malam tadi (Rabu) bersamaan 26 januari 2011. Amanat berharga telah diberikan beliau bersempena dengan tahun baru 2011 antaranya menyarankan kepada seluruh mahasiswa untuk terus rajin menuntut ilmu di bumi UTHM tanpa mengenepikan penglibaan kokurikulum. Penglibatan mahasiswa di dalam persatuan-persatuan, kelab-kelab, sukan dan sebagainya merupakan satu kelebihan yang bakal diperolehi oleh mahasiswa itu sendiri. Di samping itu ianya juga merupakan salah satu usaha untuk menaikkan nama UTHM di kalangan universiti lain di dalam negara juga di peringkat antarabangsa.

Setelah selesai ucapan dari Timbalan Naib Canselor, perjumpaan diteruskan dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan dan pandangan diutarakan telah menggamitkan suasana dimana soalan-soalan yang dilontarkan sangat kene dengan kehendak mahasiswa lain. Antara soalan yang ditanya adalah berkaitan isu yang sedang hangat dikalangan mahasiswa UTHM iaitu isu kemasukan PTPTN lambat. Saudara yang bertanya cuba inginkan mendapatkan penjelasan dari pihak HEP apakah masalah sebenarnya yang telah timbul samada di peringkat PTPTN ataupun HEP sendiri sehinggakan kemasukan loan lewat?. Soalan tersebut telah dijawab oleh En Malik sendiri selaku Timbalan Pendaftar. Beliau menyatakan kemasukan PTPTN lewat adalah disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun pihak HEP telah memberikan jaminan kepada mahasiswa UTHM yang masih belum menerimanya untuk sabar sehingga 28 januari 2011 dimana tarikh paling lewat mahasiswa akan menerima wang tersebut dari PTPTN.

Selain itu, ada seorang mahasiswi di tahun satu mengadu wang pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) masih tidak masuk lagi walaupun pihak YPJ mengatakan wang tersebut telah sampai ke pejabat bendahari. Saudari tersebut juga mengadu akan layanan buruk staf dari pejabat bendahari terhadapnya. Pihak HEP akan mengkaji semula apakah sebab dan puncanya hal ini berlaku kerana proses tersebut memakan masa. Ada juga mahasiswi yang mengadu tentang harga makanan di cafe didalam UTHM tidak selaras dan mahal. Beliau mencadangkan pihak universiti untuk memberikan subsisdi kepada pelajar sebagai contoh membiayai nasi percuma kepada pelanggan di cafe.

Seperti yang di ketahui, di Kolej Kediaman Tun Fatimah tidak mempunyai kawalan keselamatan yang ketat diwaktu malam. Seorang mahasiswi telah mengadu tentang kejadian Kolej Kediaman Tun Fatimah diceroboh. Beliau mencadangkan supaya tahap keselamatan di Kolej Kediaman Tun Fatimah diperketatkan seperti wujudkan pagar, CCTV dan sebagainya.

Pelbagai lagi isu yang dibangkitkan antaranya masalah UCiTV, bas UTHM , sijil-sijil kokurikulum tidak dapat, ketelusan dalam pemberian wang ehsan dan macam-macam lagi. Isu keselamatan jalan raya di hadapan UTHM juga turut dibangkitkan. TNC menasihatkan mahasiswa UTHM lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan Kluang-batu Pahat. Untuk pengetahuan universiti dalam perancangan pembinaan Kolej Kediaman yang boleh menempatkan seramai 5000 org mahasiswa sebagai langkah mengurangkan mahasiswa keluar dari kawasan kampus dan menggunakan jalanraya Kluang-Batu Pahat.

Daripada soalan dan cadangan yang dibangkitkan boleh disimpulkan bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki mungkin diperingkat pentadbiran universiti, Majlis Perwakilan Mahasiswa dan mungkin juga diperingkat Mahasiswa sendiri dalam merialisasikan slogan “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”.

ProMahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti diatas kelapangan untuk turun padang bertemu dan mengetahui masalah mahasiswa. Sekurang-kurangnya jawapan yang diberikan dapat menunjukkan komitmen pentadbiran universiti terhadap mahasiswa...SUARA MAHASISWA ADALAH SUARA PEMIMPIN.

3 comments:

saya bersetuju dengan hamba allah yang mencadangkan supaya tahap keselamatan di Kolej Kediaman Tun Fatimah diperketatkan seperti mewujudkan sempadan/pagar, sistem CCTV ,pos pengawal dan sebagainya. saya juga mempunyai pendapat yang sama, sepatutnya masalah seperti ini tidak patut wujud di dalam kawasan jajahan uthm ini.perkara ini dapat mengganggu tumpuan mahasiswa/i dalam pelajaran kerana mereka lebih memikirkan tahap keselamatan mereka di sini.jika di kediaman mahasiswa saya perkara ini hanyalah masalah biasa, tetapi apabila ianya berlaku di kolej kediaman mahasiswi saya rasa ini sesuatu yang membimbangkan dan tindakan yang cepat harus diambil.ini cuma pendapat saya sebagai seorang manusia biasa.terserahlah kepada pihak yang berwajib untuk membuat penilaian.

Alhamdulillah sehari lepas pelajar yg amk YPJ n PTPTN wat aduan.. terusje duit masuk~ Terima kasihla kpd pihak2 yg terlibat.. walaupun macam pelajar yg wat aduan tu ckp duit dr yayasan dah diberi kat bendahari uthm 14.12.2010 lg~