Konvokesyen atau majlis penyampaian ijazah membawa maksud tindakan
penerimaan atau penganugerahan Ijazah akademik dari Universiti atau upacara sedemikian.
Tahniah diucapkan kepada Sekretariat dan AJK Pelaksana Konvokesyen kerana telah bertungkus lumus menjayakan Majlis
Konvokesyen UTHM kali 11. Perlaksanaan pesta yang bermula pada hari ini, Khamis
27 oktober sehingga Isnin 31 oktober telah dirancang sebaiknya oleh pihak AJK Pelaksana bagi pengisian para mahasiswa dan pengunjung amnya.
Jika diteliti semula, aktiviti yang bakal
dan sedang dijalankan kebanyakannya bersesuaian dengan keperluan mahasiswa
dewasa ini bagi menampung kelompangan sahsiah diri masing-masing. Tahniah dan
syabas sekali lagi kerana aktiviti serta pengisian untuk Pesta Konvokesyen kali
ini banyak iktibar yang diambil dari kelemahan Pesta Konvokesyen yang lepas
yang pastinya semua mahasiswa tahu.
Mungkin menjadi satu kewajipan untuk pihak Promahasiswa
menyentuh berkenaan event yang terbesar bagi Pesta Konvokesyen kali ini iaitu
Battle of the Band. Pengharapan yang amat tinggi disandarkan pada pihak
penganjur untuk meneliti semula perlaksanaannya. Mungkin juga sesuatu boleh
dipelajari dari Konsert Born 4 Nature yang lepas yang mana, walaupun pemantauan
serta kawalan cuba dibuat. Namun ianya masih tidak terkawal dengan unsur-unsur negative
serta mencemarkan UTHM sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang
baru mencipta nama.
Mekanisma hiburan memang amat mudah sekali
untuk dijadikan tarikan dan amat memenuhi kehendak jiwa muda remaja khususnya. Kamus
Dewan mendefinisikan hedonisme sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan
sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’ satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa
menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonisme inilah yang semakin lama
semakin menular dikalangan belia zaman kini.
Amalan seperti ini amatlah kurang sihat dan
di sisi agama sendiri melarang sekerasnya kerana banyak keburukan yang bakal
timbul berbanding kebaikan.
Kaitannya dengan kehidupan mahasiswa di
universiti amatlah sinonim kerana mahasiswa rata-ratanya terdiri dari golongan
remaja tidak ketinggalan golongan belia dan sentiasa dahagakan pengisian
berbentuk seni hiburan tidak kira media cetak, elektronik, persembahan pentas
dan sebagainya. Mungkin sesetengah perkara tidaklah perlu kita murahkan seperti
orang mengantuk disorongkan bantal. Pihak penganjur perlu berhati-hati dan
berwaspada jika nilai kehidupan kelak menjadi pertaruhan dek kerana apa yang
generasi sekarang telah buat. Ayuh mahasiswa kita memartabatkan ilmu dalam setiap
program yang kita anjur dan sertai.
Berbalik kepada pesta yang berlangsung
sepanjang minggu ini, seruan khas diutarakan untuk mahasiswa penuntut UTHM untuk
sama-sama kita raikan dan sertai program-program yang bakal berlangsung dan
boleh merujuk kepada tentatif yang telah disediakan. Jangan ketinggalan untuk
mengunjungi tapak gerai bertempat di padang kawad baru UTHM. Ayuh mahasiswa tingkatkan
prestasi kurangkan kontroversi redakan emosi.
~DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA~
0 comments:
Post a Comment