Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru dalam mesyuarat
khas majlis Raja-raja hari ini berkuatkuasa pada 13 Disember untuk
tempoh masa lima tahun.
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
dilahirkan pada 28 November 1927 .Baginda diputerakan di Alor Setar,
Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21
September 1970 hingga 20 september 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah
yang ke-27.
Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul
Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian
menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958.
Baginda juga merupakan Sultan pertama
yang di tabal sebanyak 2 kali sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam
sejarah Malaysia. Baginda bakal ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong
yang ke 14 bagi menggantikan Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi
Billah Shah Al-Haj.
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad
V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang
sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang
dikeluarkan hari ini.
Daulat Tuanku..
0 comments:
Post a Comment