Kronologi keruntuhan demokrasi kampus UTHM.
14 Febuari 2011
Proses pembelian borang berjalan.
17 Febuari 2011 [PENAMAAN CALON MPP 2011]
• Proses penamaan calon berjalan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.
• Seorang calon telah dibantah kerana melanggar Perkara 4.2 yang menyatakan bahawa calon MPP 2011 yang mempunyai pointer bawah dari 2.70 layak untuk bertanding tetapi TIDAK DIGALAKKAN untuk menyertainya.
• Calon yang telah dibantah kerana melanggar perkara 4.2 tadi telah membuat rayuan dan rayuan telah diterima dan membolehkan untuk calon tersebut bertanding.
• Pro -Aspirasi telah mengugut untuk memboikot pilhanraya kampus untuk sesi ini berikutan bantahan mereka telah ditolak.
• Pada sebelah malam, suatu mesyuarat tergempar diadakan di bahagian atas Pejabat HEP yang melibatkan beberapa pegawai dan orang kanan HEP termasuk Shahzada Khan (wakil Pro-Aspirasi).
18 Februari 2011
• 6.30 petang : Kesemua calon-calon bersama pencadang dan penyokong masing-masing dipanggil oleh pihak HEP untuk mendengar satu taklimat tergempar.
• Timbalan Pendaftar HEP, En Abdul Malek bin Ibrahim telah mengumumkan BAHAWA KESEMUA CALON MPP 2011 ADALAH DIBATALKAN. Pembatalan ini adalah dengan menggunakan kuasa Naib Cancelor UTHM, hujah kepada pembatalan ini adalah ‘sebab-sebab teknikal yang menyebabkan terbatalnya semua calon MPP 2011’.
• Wakil HEP tersebut mengumumakan tarikh-tarikh baru Pilihan Raya Kampus UTHM 2011.
i.) Pembelian Borang pada malam 18 Februari 2011
ii.) Penamaan Calon pada 19 Februari 2011
iii.) Tempoh berkempen pada 19 Februari 2011 (selepas Penamaan Calon) sehingga 21 Februari 2011
iv.) Pembuangan Undi pada 22 Februari 2011
• Dengan itu, secara automatiknya kesemua calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan untuk meneruskan aktiviti kempen masing-masing.
• ‘Bekas-bekas’ calon yang ingin bertanding semula mestilah membeli semula borang penamaan di pejabat HEP pada 9 malam. Bagi yang sudah membelinya pada sesi PENAMAAN CALON PERTAMA diminta untuk membawa resit untuk menuntut semula borang-borang tersebut.
• 9.00 malam : Terdapat beberapa wakil-wakil calon yang bertanding pergi ke HEP untuk mendapatkan semula borang pencalonan.
19 Februari 2011 [Penamaan Calon Kedua]
• 9.00 pagi :, Semua calon sedang menuju ke DTII untuk mendapatkan tandatangan DEKAN dan seterusnya menyerahkan borang pencalonan. Proses pencalonan akan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
• 11.00 pagi : Terdapat 2 sekatan untuk 'check' borang calon bagi memastikan calon mendapat tandatangan Dekan. Untuk pengetahuan, pada PENAMAAN CALON (17/2) perkara ini tidak pernah berlaku.
Adakah ini perkara yang ingin ditekankan pada PENAMAAN CALON ‘kedua’?
• 12.30 tengahari : Sesi bantahan sedang dijalankan. Semoga kesemua calon-calon yang telah menjadi calon pada 'Penamaan Calon pertama' dapat meneruskan perjuangan mereka sebagai calon.
• 3.30 petang : Sesi bantahan tamat. Seorang calon pada Penamaan Calon pertama disingkirkan dari Penamaan Calon Kedua ini. Perkara ini sudah dijangka oleh pihak Pro-Mahasiswa sendiri. Matlamat Penamaan Calon Kedua akhirnya tercapai. Tahniah kepada Pro-Aspirasi.
Jumlah calon yang bertanding pada Pencalonan Kedua ini:
i.) UMUM = 23 calon
ii.) FKAAS = 5 calon
iii.) FKEE = 8 calon
iv.) FKMP = 8 calon
v.) FPTEK = 3 calon
vi.) FPTPK= 5 calon
vii.) FTMM = 3 calon
viii.) PPD = 4 calon
1 comments:
pro m baru je nak jalan..tp ada orang gatal perangai bt kacau..entah la perangai apa?????
Post a Comment