Pro Mahasiswa

Friday, February 11, 2011

Speaker Corner Di Halang

11 Feb, UTHM - Hasrat Promahasiswa UTHM untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman Rejim Hosni Mubarak melaui speaker corner telah dibantah oleh pihak pentadbiran universiti. Lebih mengecewakan apabila pihak HEP menolak terus isu yang cuba diketengahkan tanpa menilai dan berbincang terlebih dahulu. Apa salahnya sekiranya isu ini cuba dikongsi untuk semua pihak warga UTHM. Mesir yang majoritinya umat islam dan sedang ditindas oleh pemimpinya sendiri., adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh?


Tindakan ini jelas menunjukkan kebebasan mahasiswa bersuara untuk menyatakan pendapat atau pendirian terhadap sesuatu isu telah disekat. Semua pihak perlu sedar bahawa mahasiswa bakal peneraju kepimpinan negara perlu didedahkan kepada isu-isu yang timbul dipersekitaran baik di dalam ataupun diluar negara.

Speaker corner merupakan salah satu saluran mahasiswa bersuara yang telah disokong kewujudanya oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah. Ia merupakan salah satu gelanggan untuk mahasiswa berpidato. Namun fungsinya tidak dapat dilaksanakan di UTHM berikutan kejadian yang berlaku selepas solat jumaat tadi.



"Oleh kerana mahasiswa telah terlalu lama dikongkong oleh AUKU iaitu sebelum ditunda pada tahun 2009 ai akan mengambil masa sedikit untuk mereka merasai bahawa benar ada kebebasan" kata Dato' Saifuddin Abdullah.

Namun dimanakah rasionalnya apa yang dikatakan mahasiswa bebas untuk bersuara selepas AUKU dikaji semula.

1 comments:

isu ini bukan lah atas dasar keagamaan, kita dapat lihat semua demonstran yg turun bukan hanya beragama Islam malah yg beragama kritian juga turun menyatakan bantahan kepada kezaliman pemerintah.kita dapat lihat mahasiswa kita kurang cakna dengan apa yg berlaku dliuar sana.sy selaku mahasiswa agak bimbang dengan rakan sy sehingga tidak tahu langsung berkenaan isu ini, ini lah medan bagi mahasiswa utk menerangkan kepada mahasiswa yg kurang cakni ni.. sekadar pandangan peribadi sebagai seorang mahasiswa..