Tuesday, November 3, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Thursday, August 6, 2009
Tahniah YDP UTHM
Saturday, August 1, 2009
589 wira rakyat
11.58pm Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah
Tahniah kepada Gabungan mansuhkan ISA (ISA) di atas kejayaan menganjurkan himpunan menentang kezaliman itu.Walaupun di beritakan sekitar 589 orang di tahan, mahasiswa UTHM beranggapan mereka adalah diantara golongan yang berani menentang kezaliman secara terbuka dan merupakan wira rakyat dalam memperjuangkan kebenaran.
Penahanan mereka bukanlah di sebabkan jenayah seperti rasuah, membunuh, merompak, berkhalwat yang di lihat semakin membimbangkan tetapi penahan mereka adalah kerana keberanian berhimpun menentang suatu akta yang zalim. Kita percaya GMI telah menyiapkan barisan guaman dalam membantu membebaskan mereka yang di tahan.
Kepada mereka yang di tahan, andalah wira sebenar rakyat Malaysia. Kita percaya seluruh pimpinan yang menentang akta zalim itu beserta jutaan rakyat Malaysia sentiasa bersama anda!!!
Thursday, July 30, 2009
bacalah
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Inilah mangsa ISA



Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.
Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!
LAWATAN YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH BATU PAHAT
"Sebagai mahasiswa kami meriakan kehadiran kepimpinan negara ke universiti kami tetapi bukanlah sebagai kepimpinan politik ketika lawatan di jalankan". ujar seorang mahasiswa ketika di temui.
Satu lawatan kerja oleh Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 1 Ogos 2009.Ketetapan seperti berikut:
Tertib Acara
Ketibaan Dif-dif jemputan
Ketibaan YAB Dato' Hj. Abd Ghani Othman Menteri Besar Johor
Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia (YAB turun disimpang 3 (sebelum DTII), disambut dengan paluan kompang, barongan, pencak silat, tarian naga, tarian India)
Menanam pokok palma dan menyempurnakan pelepasan konvoi 20 pelajar berbasika sebagai simbolik pelancaran Kempen Bumi Hijau UTHM
Bergerak ke Dataran Siswazah (bersalaman)
Sesi bergambar bersama pelajar UTHM
Taklimat pembangunan dan akademik UTHM di Dewan 1
bergerak masuk ke Dewan Utama diiringi bacaan marhaban dan Selawat
Bacaan Doa
Koir Lagu UMNO Bersatu dan UMNO Johor.
Ucapan Datuk Hj Mohamad bn Hj Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading
Ucapan YAB Dato' Hj Abd Ghani bin Othman,Menteri Besar Johor
Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Pelancaran Buku "Tun Hussein Onn - Permata Manara Gading"
Penyampaian Cenderahati
Sidang media di Dewan 1
Jamuan di Dataran Terbuka
Tuesday, July 28, 2009
Sunday, July 26, 2009
KELAB DAMAI pengganti KELAB IQRA' ?
Di peringkat Promahasiswa UTHM, seharusnya kelab yang terbabit dan pihak pengurusan uni
versiti mencari jalan terbaik dalam mengatasi perkara ini. Selain itu, promahasiswa UTHM beranggapan bahawa Kelab Iqra juga telah memainkan peranannya dalam membawa agenda pembentukan sahsiah dan akhlak islamiah terhadap golongan mahasiswa khususnya. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kelab Iqra telah menggerakkan program berbentuk kerohanian dan kebajikan di surau-surau kolej Kediaman.Walaubagaimanapun, mungkinkah ini hanya kebetulan apabila di Peringkat IPTA telah melancarkan Kelab DAMAI IPTA pada majlis penutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam di UiTM, Shah Alam.
"Saya ingin melihat kepemimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur supaya pemikiran mahasiswa akan terus menjadi input besar kepada kejayaan negara," katanya ketika menutup Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipimpin pengerusi baru, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
www.bharian.com.my
sedikit info berkaitan Kelab DAMAI IPTA
Berikut adalah sasaran 20 Kelab DAMAI di IPTA:
- Kelab DAMAI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Kelab DAMAI Universiti Malaya (UM)
- Kelab DAMAI UiTM
- Kelab DAMAI Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
- Kelab DAMAI UIAM
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Kelab DAMAI Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kelab DAMAI Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Kelab DAMAI Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Kelab DAMAI Universiti Sains Malaysia (USM)
- Kelab DAMAI Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
- Kelab DAMAI Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Kelab DAMAI Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Kelab DAMAI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Kelab DAMAI Universiti Utara Malaysia (UUM)
persoalannya adakah akan wujud KELAB DAMAI di UTHM yang akan menggantikan peranan yang di mainkan oleh Kelab Iqra selama ini?Siapakah presiden pertama Kelab DAMAI UTHM itu nanti?
Wednesday, July 22, 2009
UTHMBLOGGER : sesuai untuk semua

Wacana Ilmu 2 Ogos 2009

(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)
Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya tidak berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allahs.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.
TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009
SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA:
TEMA:
YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)
Cara Pendaftaran:
Melalui SMS atau email : Nyatakan
PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUTSila hubungi:
Azlin: 013-303 7867
Nurani: 013-611 4832
Tel: 03-5510 4611
Friday, July 3, 2009
bermulalah kehidupan di kampus
Samaada meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar yang hanya memfokuskan kepada pencapaian akademik semata-mata mahupun seorang yang rasional dalam perjalan sosial di kampus ataupun mereka yang berminat dalam aktiviti kemasyarakat dan berpersatuan tetapi masih lagi tidak mengabaikan akademik sebagai tujuan utama berada di kampus.
Seluruh penggerak promahasiswa UTHM mengharapkan bahawa mahasiswa baru kali ini lebih berdaya saing dan mempunyai paradigma yang tinggi sehingga bukan sahaja menghasilkan produk mahasiswa yang hanya mampu mengupas apa yang berada di nota-nota kuliah semata-mata tetapi mampu bersama masyarakat dalam isu-isu kampus , negara dan nasional.
Jadilah mahasiswa yang mampu menjadi agen perubahan dan dalam masa yang sama bersedia memimpin diri sendiri, orang lain dan masyarakat. Implementasikan konsep 1 Malaysia dengan sebaiknya tetapi jangan lupa 10 rukun Islam hadhari yang membantu dalam pembinaan modal insan terbaik di sisi masyarakat, negara dan segi antarabangsa.
ketua penaja
Promahasiswa UTHM
" Dari mahasiswa untuk mahasiswa"
Sunday, June 28, 2009
Friday, May 15, 2009
Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar SeMalaysia 2009
Pro mahasiswa UTHM mengucapkan selamat datang kepada seluruh delegasi Majlis Perwakilan Pelajar Semalaysia Ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar peringkat kebangsaan kali ke 3. Konvensyen yang bermula pada 15 hb sehingga 20hb Mei akan di isi dengan pelbagai program seperti forum bicara akademik, sesi bersama tokoh, bakti siswa dan pelbagai lagi. Di harapkan agar sepanjang konvensyen ini dapat merumuskan pelbagai idea yang bernas di peringkat kepimpinan majlis perwakilan pelajar untuk kebaikan seluryh mahasiswa di negara ini.
Friday, May 1, 2009
Isu agama anak : rujuk kepada yang pakar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.
Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu. Respon dari keputusan itu, pelbagai pihak antaranya persatuan mahasiswa, NG) Islam dan parti politik memberikan pandangan untuk di kaji semula isu ini.
"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka
dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Ust Harussani Zakaria, Mufti Perak.
" Seharusnya kabinet tidak boleh mwngeluarkan keputusan mutlak terhadap isu tersebut tanpa merujuk badan-badan perundangan Islam yang lebih arif sama ada di peringkat mahkamah syariah mahupun jabatan mufti. Secara peribadi saya beranggapan tindakan kabinet adalah ibarat 'Islamphobia' iaitu prasangka dan diskriminasi pada masyarakat Islam di negara ini", Hadi Abd Rahman. Presiden Kelab Iqra' UTHM."Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam," Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif
"kita tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru kabinet yang mengeluarkan keputusan
demikian sedangkan kes ini masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak. Kabinet tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan ini. Tindakan mereka(kabinet) hanya akan menampakkan ketidakmatangan mereka dalam menguruskan hal seumpama ini" Shazni Munir,YDP PMIUM
“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.Justeru, PKPIM berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Mohd Faisal Abd Aziz, Naib Presiden PKPIM.“Kabinet seperti hendak menjadi hakim dan menjadi mufti.Mereka tidak pernah berbincang
dengan majlis fatwa.Seharusnya mereka berbincang dengan majlis fatwa untuk mencari jalan terbaik terhadap isu ini ." Dato Mahfudz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena.
”Keputusan Kabinet ini juga bercanggah dengan peruntukan Perkara 12(4) dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga ultra vires atau diluar bidang kuasa Kabinet kerana ia bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam,” Timbalan Presiden ISIUKM, Hisyamuddin Che AliTuesday, April 28, 2009
Resolusi MPPUTHM berkaitan isu kolej kediaman
B.Pahat, 28 April – MPPUTHM telah berbincang dan mendapat persetujuan presiden-presiden Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM untuk bersama mencari kesepakatan memberi perjelasan dan tindakan berkaitan isu kolej kediaman.
Resolusi yang di hasilkan di peringkat MPPUTHM telah di sepakati dan di persetujui di peringkat presiden JKKUTHM dalam mengutarakan 5 resolusi yang di gariskan oleh MPPUTHM untuk di serahkan kepada Naib Cancelor UTHM dalam masa terdekat.
Kandungan dokumen sebanyak 11 helaian itu mengetengahkan resolusi yang di sertakan bersama falsafah dan rasioalnya setiap resolusi yang di nyatakan.
Diantara 5 resolusi tersebut adalah meminta pihak universiti
- Memberi penerangan tentang maklumat tidak jelas mengenai rasional pemindahan pelajar kanan.
- Rasioalnya pelajar kanan di haruskan menetap di kolej kediaman baru dan pelajar baru di kolej kediaman yang sedia ada.
- Jaminan infrastruktur dan kemudahan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa sebelum kemasukan pelajar kanan semester akan datang.
- Jaminan keselamatan di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa
- Jaminan Pengangkutan awam di kolej kediaman Taman Universiti dan Taman Kelisa
Untuk maklumat lanjut, salinan resolusi telah di tampal di papan kenyataan berhampiran kedai photostat di Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Pihak MPPUTHM mungkin akan memaklumkan berkaitan isu ini di blog rasmi YDPUTHM0809 dalam masa terdekat.
Pihak Pro Mahasiswa memuji tindakan segera pihak MPPUTHM menghasilkan resolusi ini kerana ianya berketepatan dengan tanggungjawab MPP terhadap mahasiswa sambil digerakkan agendanya di peringkat JKK di setiap Kolej Kediaman. Justeru itu, kita mengharapkan agar resolusi ini dapat membantu dalam memberikan perjelasan kepada warga mahasiswa berkaitan permasalahan ini.
Friday, April 17, 2009
Nahas maut di jalan Kluang-Batu Pahat
Tiga beranak dalam perjalanan pulang dari kelas Tadika ketika nahas dengan bas
BATU PAHAT,16 April : Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar.

Kemalangan yang menyayat hati itu berlaku lebih kurang 15 km dari kampus utama UTHM. Mangsa yang terkorban merupakan adik kepada salah seorang staff akademik di bawah Pusat Kajian Kemanusiaan dan Komunikasi UTHM iaitu ustaz Hj Abd Syakor Bin Borham. Warga mahasiswa mengucapkan takziah atas musibah yang melanda. Di doakan agar roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.
"Seharusnya semua pihak harus mengambil iktibar dalam kemalangan ini. kami warga mahasiswa merasakan sudah tiba masanya keselamatan di sepanjang jalan Kluang-Batu Pahat di kaji semula. Hampir dikatakan setiap minggu ada sahaja kemalangan di laluan tersebut Kita tidak mahu lagi ada "korban nyawa' di jalan terbabit dan tindakan segera harus di jalankan untuk keselamatan bersama " ujar salah seorang aktivitis pro mahasiswa yang di temui selepas solat jenazah mangsa kemalangan di masjid terdekat.







"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." Profesor Diraja Ungku A. Aziz








