Parit Raja, 31 Jan : Melihat perkembangan terkini kempen dari pelbagai calon ketika ini, sudah terpancar akan wujud suatu perubahan pada landskap politik kampus di UTHM. Politik yang di maksudkan bukanlah melibat kuasa-kuasa parti politik luar tetapi menjurus kearah kecenderungan mahasiswa memanfaatkan demokrasi disamping keinginan mengharapkan kepimpinan tertinggi mahasiswa yang terbaik untuk semua.
Dengan penyertaan 22 orang calon merebut 9 kerusi umum, ianya telah menggambarkan suatu perkembagan positif dalam suasana demokrasi yang ada. Ini di sokong lagi dengan gerakan Pro Mahasiswa UTHM yang terus menjadi pilihan dan perhatian warga kampus pada pilihanraya kali ini.Dalam pada itu,beberapa mahasiswa di temui telah memberi pandangan perlunya perubahan kepimpinan MPP pada kali ini.
Seorang pelajar kanan yang di temui berkata, " Pada Kepimpinan MPP yang lepas, kita melihat tiada MPP yang agak berkaliber sehinggakan jawatan YDP pun boleh berubah-ubah walhal watikah telah dibuat.Tidak dapat dinafikan ada seorang dua yang berperanan tetapi majoritinya di sebaliknya. Apabila di selidik,rupa-rupanya kepincangan ini berlaku sebab tiada wakil pro mahasiswa dalam MPP ketika itu.Berbeza pada pilihanraya kali ini, di fahamkan Pro Mahasiswa telah menghantar calonnya untuk bertanding. Jadi tidak salah sekiranya undi saya pada kali ini adalah untuk calon-calon pro mahasiswa dan saya mengharapkan rakan-rakan yang lain juga berpendirian sama seperti saya."
"Walaupun kami pelajar baru, kami nampak memang ada sekumpulan yang berjaya menghidupkan suasana politik kampus di UTHM.Persaingan dalam pilihanraya kali ini memang agak menarik. Walaupun inilah kali pertama saya akan keluar mengundi, saya tidak ragu-ragu memberi undi saya pada calon-calon Pro Mahasiswa ", Ujar pendapat seorang pelajar tahun satu ketika di temui oleh wakil pro mahasiwa.
Seorang wakil kelab yang ditemui juga berpendapat kelihatan akan berlaku suatu momentum perubahan dalam pilihanraya kali ini. "Seolah-olah tunami politik yang berlaku pada Mac 2008 dalam politik negara akan melanda UTHM pada kali ini. Perubahan yang diharapkan bukanlah untuk pepecahan tetapi memantapkan lagi perjuangan tulen mahasiswa di kampus dan kita yakin calon-calon mahasiswa mampu membuktikannya"
Melihat suasana hari kedua berkempen setakat ini, memang terdapat letusan politik kampus yang dilakukan oleh mahasiswa UTHM. Pro mahasiswa UTHM mempunyai masa tiga hari lagi untuk meyakinkan warga kampus supaya undi mereka adalah undi untuk mahasiswa. Dalam menghitung hari sebelum waktu mengundi, pro mahasiswa mengharapkan seluruh penyokong dan pendukung pro mahasiswa melipatgandakan gerak kerja tetapi dalam masa yang sama akademik juga jangan diabaikan.
Sunday, January 31, 2010
Demokrasi UTHM bersinar dalam pilihanraya kampus 2010
2:13 AM
No comments
0 comments:
Post a Comment