Pro Mahasiswa

Friday, January 22, 2010

Lagi konspirasi Aspirasi

Salam Perjuangan Mahasiswa,

Pelbagai cara dan konspirasi yang telah dilakukan oleh pihak Pro-Aspirasi untuk memenuhi setiap impian mereka. Ini kerana mereka begitu terdesak untuk menguasai kerusi-kerusi didalam Pilihanraya Kampus UTHM 2010.
Mereka amat takut akan gelombang kebangkitan mahasiswa yang kian hari kian membara, hanya menunggu masa untuk meletup.

Terbaru, mereka telah mempengaruhi Dekan (disalah satu fakulti yang ada di UTHM) untuk memastikan agenda mereka terlaksana. Antaranya ialah, mereka cuba untuk men'sabotaj' Borang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar milik individu-individu yang bukan datang dari kelompok Pro-Aspirasi. Mereka telah mempengaruhi Dekan tersebut agar menconteng/menulis sesuatu diatas borang milik individu-individu tersebut.

Borang-borang yang telah diconteng oleh Dekan berkenaan akan memberi impak yang besar ketika proses bantahan dilakukan yakni selepas daripada proses penamaan calon. Kemungkinan besar, borang-borang mereka itu akan dikira batal oleh pihak universiti dan penyertaan mereka sebagai calon juga secara automatik akan dibatalkan.

Dibawah pihak kami lampirkan 3 borang yang telah diconteng oleh Dekan berkenaan. Pihak kami telah 'blank' nama dan no matrik mahasiswa-mahasiswa teraniaya tersebut untuk tujuan keselamatan mereka.





Cuba perhatikan di atas kertas pada sudut sebelah kanan, pihak kami telah 'highlight' tulisan/contengan dari Dekan berkenaan.

6 comments:

itu pointer calon la..
pro-m memang macam nie kan..
suke provok mahasiswa, cuba korang keluarkan statement/tuduhan yang jelas.
tunjuk bukti sahih yang betul seperti apa yang dituduh.
kami mahasiswa pening2, mana satu yang betul. setakat kertas calon yang ada tulisan nombor diatas, terus label dekan berkomplot. apa la pro-m nie.. memang x profesional.
Tuduh tanpa bukti itu bukankah berdosa?

p/s: bukan nak sebelahkan aspirasi, tapi cuba kalian profesional dalam usaha meyakinkan mahasiswa.

ko ni mesti xtau peraturan2 bertanding mpp...sbb tu ko kata pro-M suka provok...

so, jgn main lepas ckp. lg menampakkan yg ko tu kurang pandai

eh? yeke... tapi kalo dekan dah conteng, mestila dekan da sain kan? da cop kan? knape ade conteng tp xde sain n cop? kalo mcm ni, xleh la nak bantah mase penamaan kot? kalo nak kate cover dekan mana terpampang plak nama fakulti kat situ xkan la xkenal dekan FKAAS kot? keliru....

salam... saya amat terharu dengan keadaan pemikiran cetek yg di aplikasikan oleh pro mahasiswa....saya berpendapat jgnlah menjadikan isu sebagai contoh isu hal pentadbiran yg melibatkan dekan di monopoli oleh golongan anda....seharusnya segala permasalahan atau isu yg hendak diutarakan perlulah lebih kritis ...sebagai contoh isu atau hak mahasiswa mengenai keterbukaan tender dan sebagainya...jadi skopnya di sini adalah lebih terarah kepada pro mahasiswa...jgnlah sebagai pepatah melayu menyebut...:menang sorak tapi kampung tergadai" yakni menang keatas sorak mahasiswa tapi yg tergadai adalah hak mahasiswa itu sendiri....jd jika ingin melemparkan pelbagai isu hanya untuk menarik perhatin golongan tertentu...itu adalah pada saya jalan singkat yg hanya merugikan pelbagai pihak...jadi seharusnya kita lebih pro aktif terhadap isu yg berkaitan mahasiswa itu sendiri ...bukan dgn jalan yg singkat ini.....

Kami di pihak Pro-M memaparkan artikel ini untuk memperjuangkan hak mahasiswa yang tidak diambil endah. Bagaimana 3 orang calon yang bertanding (tidak kisah samada dr Pro-M, Pro-A @ bebas) yang terpaksa mencari borang kosong yang lain untuk menyelesaikan masalah borang berkenaan. Sudah lah hari tersebut shja yanga ada sebelum hari penamaan calon. Harap jangan disalah tafsir.

1=apa benar knyataan pro-M tntang borang 2..hehe

2=kepada yg bkn dr golongn pro-M..kenapa mesti menghentam trus..mang xsemua pro-M nie bgus n xsemestiN bkn dr pro-M pn bgus kn...

so knapa mesti idup seperti dl lg..hnya trus berharap utk esk yg xpasti...menagih jnji2 yg ditaburi yg tinggal hnya sakit hati n ketidak puasan hti..
perlaksanaan yg penting...
bukan jnji2 sebelum PRK..k..huhe
ayuh semu mahasiswa...bgun n bangkit lh dr lena...
jgn hny menjadi seperti lmbu yg ditarik idung..
hny mngikut ke..huhu..
k .. wasalam...