Pro Mahasiswa

Sunday, January 24, 2010

Siapa disebalik program 'Juara Rakyat'???

Salam Perjuangan Mahasiswa.
Pihak kami tidak mahu mengulas panjang mengenai 'posting' terbaru ini. Dibawah pihak kami paparkan tentatif program 'JUARA RAKYAT'




Jika mengikut jadual yang ditetapkan, program ini akan diadakan pada hujung minggu ini. Tetapi program ini terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan disebabkan cuti umum pada 23/1/2010 bersempena kemangkatan Duli Yang Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail.

Cuba mahasiswa-mahasiswa sekalian perhatikan tentatif program tersebut. terdapatnya parti politik yang turut bersama menjayakan program ini.

Persoalan yang timbul ialah;
Bagaimana satu parti politik boleh bersama bergabung dengan program universiti?
Apakah menjadi halal bagi undang-undang AUKU jika hanya parti politik tersebut sahaja yang mendominasi program-program universiti?
Tidakkah dikenakan tindakan terhadap staf-staf dan mahasiswa-mahasiswa yang turut bersama dalam program tersebut?

Semua mahasiswa tahu, yang mana didalam undang-undang AUKU terang-terang menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan pari-parti politik!

SOALNYA, SIAPA SEBENARNYA YANG MENCABULI AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU)?

Kami di pihak Pro-Mahasiswa akan mendedahkan perkara yang sebenar sedikit demi sedikit.
Ayuh mahasiswa sekalian! Kita sama-sama perjuangkan hak kita sebagai mahasiswa UTHM.
Selagi nafas dirongga, selagi itu kita akan berada didalam perjuangan ini

-Mahasiswa nadi Universiti-

1 comments:

Saya cuba bagi penerangan yang mudah & ringkas tntg artikel ini.

Program "Juara Rakyat" adalah program anjuran UMNO bukan kerajaan.
Ia anjuran Sebuah Parti Politik

Dalam Auku, mahasiswa tidak boleh menyokong mana2 pari politik selagi dia berdaftar di pelajar universiti.

Tetapi seolah2 HEP tidak tahu akan peraturan tersebut dan mencabuli sendiri undang2 AUKU yang mereka buat..