Pro Mahasiswa

Thursday, January 28, 2010

Memorandom mengenai sesi bantahan kepada TNC

Salam Perjuangan Mahasiswa

Ketika berlakunya sesi bantahan berlaku ketika sele

29 Januari 2010: Salah seorang calon yang bertanding dalam Pilihanraya Kampus ini telah menghantarkan memorandom bantahan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Memorandom ini bertujuan untuk menyatakan rasa kurang puas hati mahasiswa yang terlibat pada hari penamaan calon tersebut. Ia berkaitan tentang proses bantahan terhadap calon yang bertanding semasa proses bantahan dibuka.

Maka mahasiswa yang terlibat dalam penamaan calon kali ini telah membuat beberapa bantahan terhadap borang calon yang tidak lengkap dan mempunyai kesalahan berdasarkan peraturan yang telah dinyatakan dalam buku panduan pemilihan MPP sesi 2009/2010. Malangnya bantahan yang dibuat oleh calon, pencadang dan penyokong calon ditolak oleh pihak urusetia pemilihan tanpa alasan yang konkrit. Padahal bantahan yang dibuat merupakan kesalahan yang besar dan sepatutnya diterima. Berdasarkan pemilihan sesi yang lepas, kesalahan seperti ini biasanya diterima dan calon tersebut sepatutnya hilang kelayakan untuk bertanding.

Antara perkara-perkara yang dibangkitkan dalam memorandom ialah:

Pertamanya, terdapat 7 bantahan yang dikemukakan tetapi hanya 2 bantahan sahaja yang diperbahaskan. Sedangkan dalam peraturan buku garis panduan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010. Perkara 4, Keputusan Bantahan, 4.1 mengatakan bahawa ‘Urusetia Pemilihan akan menyemak setiap bantahan. Perwakilan,Pencadang dan Penyokong akan dipanggil untuk menentukan keputusan bantahan’.

Keduanya, kesalahan mengisi borang dan maklumat yang tidak diperincikan dengan baik. Sebagai contoh alamat perwakilan yang jelas tidak lengkap sepertimana contoh dan panduan mengisi borang penamaan calon yang telah disediakan. Selain itu, kesalahan umur perwakilan yang tidak sama berpandukan nombor kad pengenalan yang dinyatakan didalam borang perwakilan.
Didalam Buku garis panduan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 juga telah jelas mengatakan bahawa,

'BAHAGIAN 5 menjelaskan Bantahan Pemilihan Majlis Perwaklilan Pelajar. Perkara 1.1.1 menyatakan antara bantahan Kelayakan Perwakilan boleh dilakukan atas sebab-sebab berikut :
a.) Borang Penamaan perwakilan tidak lengkap'

Petang semalam calon tersebut dipanggil ke dalam mahkamah rayuan Universiti untuk mendengar penjelasan mengenai status memorandom yang dihantar. Pihak HEP telah mengeluarkan keputusan dengan menolak setiap tuntutan-tuntutan dalam memorandom tersebut. Menurut calon tersebut, beliau agak terkilan kerana tidak diberi peluang untuk berhujah didalam mahkamah rayuan berkenaan. Kedatangan mereka hanyalah untuk mendengar keputusan sahaja.

Pihak Pro-Mahasiswa UTHM berharap agar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dapat memastikan sistem pilihanraya kampus diadakan secara adil dan saksama agar mahasiswa dapat berdiri tegak atas keadilan dan ketelusan pilhanraya kampus yang diadakan pada 4 Februari ini.

-Mahasiswa Nadi Universiti-

0 comments: