Pro Mahasiswa

Wednesday, January 27, 2010

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ditunda pada 1hb-4hb/2/2010

Salam Perjuangan Mahasiswa.

Seperti yang para mahasiswa UTHM maklum bahawa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah ditunda ke 1hb-4hb/2/2010 yang mana tarikh yang asal ialah pada 25hb-28hb/1/2010.

Ini kerana seiring dengan seruan kerajaan negeri Johor yang mahu segala program-program dibekukan selama seminggu berikutan dengan kemangkatan Almarhum Duli Yang Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22hb/1/2010 yang lalu. Kehilangan baginda begitu amat terasa bagi warga UTHM terutamanya kepada anak-anak negeri Johor.

Seiring dengan itu, Timbalan Naib Canselor menyarankan agar semua mahasiswa UTHM berkabung diatas kematian baginda Sultan Johor. Kepada mahasiswa lelaki muslim dikehendaki memakai songkok berlilit kain putih, mahasiswa perempuan muslim pula memakai tudung putih manakala bagi non-muslim dikehendaki memakai kain lilitan hitam di lengan.

Nama calon-calon Pemilihan MPP sesi 2009/2010 telah diumumkan oleh En Abdul Malek Ibrahim, Timbalan Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan pada jam 1.25 petang. Setelah selesai pengumuman tersebut, semua yang hadir di dalam DTII telah bergerak ke Dewan Terbuka, UTHM bagi menyaksikan perasmian Sudut Pidato yang disediakan khusus oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar kepada mahasiswa UTHM untuk berpidato.

0 comments: