Salam Perjuangan Mahasiswa.
Pilihanraya Kampus telah ditukar nama kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Kenapa ini berlaku?
Bagi mereka yang tidak memahami politik kampus, pastinya tidak akan kisah dengan penukaran nama ini. Dalam pemikiran mereka, semuanya adalah sama sahaja. Tidak ada bezanya antara penggunaan perkataan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dengan Pilihanraya Kampus. Mekanisme-nya tetap sama iaitu ada poster-poster di sepanjang laluan pejalan kaki dan pergi mengundi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada hari yang telah ditetapkan.
Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran politik kampus, penukaran nama Pilihanraya Kampus kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar amat memberi impak yang besar. Kerana dari perkataan ‘Pilihanraya Kampus’ itu sendiri sudah menterjemahkan segala isi didalamnya berkaitan dengan politik kampus di UTHM. Perkataan ‘Pilihanraya Kampus’ juga memberikan gambaran seperti pilihanraya-pilihanraya diluar (luar dari kampus). Yang mana, disini lah kita dapat merasai suasana pilihanraya yang sebenar. Ianya penting kerana ini akan memberi pengalaman kepada mahasiswa-mahasiswa tentang erti sebenar pilihanraya. Ini kerana, mahasiswa tidak berkesempatan untuk turut bersama didalam pilihanraya-pilihanraya diluar kerana sudah termaktub didalam undang-undang AUKU yang mana telah jelas melarang mana-mana mahasiswa untuk melibatkan diri didalam sebarang pilihanraya sama ada Pilihanraya Kawasan ataupun Pilihanraya Umum.
Maka, disinilah ruang yang terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa UTHM menimba pengalaman sebanyak yang mungkin semasa Pilihanraya Kampus UTHM 2010 ini. Jika tidak, ia akan merugikan negara kita sendiri kerana anak-anak muda yang intelek (mahasiswa) inilah yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan Negara sekarang. Jika mereka tidak diberikan kebebasan untuk melibatkan diri dalam politik kampus, dimana lagi mereka ingin menimba pengalaman seperti ini?
Diharapkan pihak pentadbiran universiti dapat menimbang semula cadangan dari pihak kami ini.
-Mahasiswa Nadi Universiti-
Wednesday, January 27, 2010
Kenapa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bukan Pilihanraya Kampus?
1:59 AM
No comments
0 comments:
Post a Comment